[GAMBAR] Anak-Anak Iwan Raja Dangdut Semakin Popular!

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Dangdut, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus yang satu ketika dulu pernah mewarnai industri muzik tempatan bergenre dangdut. Pada zaman kegemilangannya, beliau popular dengan lagu Memori Daun Pisang, Yang Sedang-Sedang Saja dan Sepayung Berdua kini sudah beralih arah ke muzik nasyid.

Meskipun namanya kini tidak begitu menonjol pada era 90-an dulu, namun anak-anaknya menyambung legasinya agar terus mewarnai industri hiburan tempatan.

Hasil perkahwinan Iwan bersama Allahyarham isterinya, Rosnah Mohd Noor, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Agus Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Wan Ramada Agus Putra.

Wan Shahera Puteri Apreena.

Wan Shamira Puteri Octavia.

Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena (Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

 

Mereka juga bersaudara dengan adik-beradik ‘The Senrose’ dan ‘The Maembong’ iaitu ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka. [SL]

The Senrose.

The Maembong.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?