[GAMBAR] “Dengan Izin Allah Saya Selamat Bersalinkan Baby Girl!” – Tahniah Datin Anne Ngasri Selamat Bersalin Anak Kelima

(Sila skrol ke bawah untuk melihat gambar)

Tahniah diucapkan buat pelakon, Datin Anne Ngasri yang selamat melahirkan anak kelimanya, petang semalam.

Datin Anne Ngasri merupakan salah seorang pelakon di Malaysia. Merupakan seorang Child Actor yang telah memulakan lakonan sejak diusia 3 tahun. Bemula dengan iklan Tv dan akhbar kemudian beralih ke medium TV. Antara iklan yang popular di zaman kanak-kanaknya ialah Grandies, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi. Drama-drama penglibatannya ialah Cili Padi, Anak Angkat,Selamat Hari Jadi Su, dan lebih 200 tajuk drama.

Anne Ngasri selamat bersalin anak kelima

PELAKON yang kini bergiat aktif dalam bidang politik, Datin Anne Ngasri, 34, selamat bersalin anak kelimanya di sebuah hospital di ibu negara pada petang Rabu.

Difahamkan bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.22kg itu lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor pada bulan Disember.

Anne atau nama lengkapnya Ngasriah Ngasri, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertamanya bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.

“Allahuakbar dengan izin ALLAH saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH untuk rezeki yang ke-6 ini.

Anne Ngasri pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Abdul Wafi Hassan, tetapi mereka kini telahpun berpisah. Kemudian beliau telah berkahwin dengan Datuk Sumali Reduan.

Anne Ngasri pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.

Bintang yang sebelum ini sinonim menerusi diri drama kanak-kanak, Cili Padi itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram awal malam tadi.

“Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.“Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi,” tulisnya sambil merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.“Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family,” maklum Anne.

Terdahulu, Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jom lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen :

Alhamdulillah..tahniah semoga Allah SWT merahmati kehidupan ann sekeluarga

alhmdulilh … thniah datin anne … slmt brpntg ye …

Alhamdulillah tahniah dan selamat berpantang

Waalaikumussalam.alhamdulillah.tahniah.selamat berpantang

Congrate datin.. Welcome baby girl. Moga sihat ya ibu & anak. Selamat berpantang.. Lepas ni juana plak

Tahniah..nk buat aqiqah baby boleh roger saya sis.pakar kambing golek aqiqah

Alhamdulillah. Tahniah. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat

Waalaikummusalam….Alhamdulilah Tahniah Dik semoga sihat selalu & Selamat Berpantang.

Bohong kalau kata tak rindu: Anne Ngasri

SIAPA sangka, di sebalik kesibukan sebagai isteri dan ibu, serta tugas lain di arena politik, Datin Anne Ngasri mengakui masih merindui dunia lakonan.

Menurut Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 34, dia tidak mungkin terus bersara dari dunia seni, apatah lagi ia sudah menjadi minatnya sejak kecil lagi.

“Sepatutnya saya ada buat kemunculan dalam filem Hero, tetapi disahkan mengandung sebelum penggambaran bermula.

“Jadi saya rasa lebih elok watak saya diberikan kepada orang lain.

“Walaupun dah lama tak berlakon, ia bukan bermakna saya sudah tinggalkan dunia lakonan.

“Bohong kalau kata tak rindu, cuma masa membataskan saya untuk kembali ke set lakonan. Cuma jika ada peluang, saya akan selit berlakon di bawah produksi Darling.

“Lebih mudah kerana boleh susun dengan jadual saya,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Hero yang di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem yang mengangkat kisah mengenai anggota bomba itu dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Sementara itu, Anne sempat berkongsi berita kehamilannya yang kini sudah memasuki usia tujuh bulan.

Menurut isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini, dia dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan dan teruja apabila dikurniakan rezeki yang tidak disangka itu.

“Selepas kali terakhir bersalin lima tahun lalu, saya memang tidak pernah merancang dan tak sangka apabila disahkan mengandung lagi.

“Anak-anak pun teruja apabila mendapat tahu saya hamil lagi dan saya kira ini juga masa yang sesuai untuk saya hamil dan insya ALLAH, ini yang terakhir,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini dan hanya merasa terseksa apabila dikehendaki meminum air gula bagi tujuan pemeriksaan kencing manis ketika hamil.

“Sebelum ini saya tak pernah minum air gula dan dimaklumkan ia sudah diwajibkan ke atas ibu mengandung sejak dua tahun lalu.

“Saya juga tidak ada mengidam yang teruk-teruk, cuma suka memakan aiskrim,” katanya.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi  ini mendirikan rumah tangga dengan Sumali, 46, pada 22 Disember 2012.

Menerusi perkahwinan itu, Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Sebelum ini, Anne pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Wafi Hassan dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8. Manakala Sumali juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohd Sufian Hakim, 13.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IslamikInfo


Apa Kata Anda?