(GAMBAR) Jalinan Kasih Yang Tertangguh; Siti Nurhaliza Berkongsi Segala Rasa…

Semakin hampir hari ke-7 kelahiran Fatimah Az-Zahra Comel Pipi Merah, semakin seronok mengikuti perkembangan puteri sulong Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Belum sampai 30 minit lepas, Siti berkongsi tangan comel dengan kapsyen:

“Selamat malam sayang ibu, #comelpipimerah. Tak sabar nak jumpa esok #babyctdk

Sebelum ini Siti telah berkongsi moment bersama Fatimah. Sayu rasa hati melihat kegembiraan beliau bersama tersayang.

Siti Nurhaliza berkongsi gambar bersama cahaya matanya di laman sosial Instagramnya buat pertama kali selepas selamat melahirkannya pada Isnin tanggal 1 Rejab.

Dalam posting berkenaan, Siti Nurhaliza mewakili suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan puteri kesayangan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan mereka.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan artis juga, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik. Pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

“Buat masa ini, saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” katanya menerusi posting tersebut.

Terdahulu, gambar anak perempuan penyanyi Comel Pipi Merah tersebar apabila jurusolek sambilan Siti Nurhaliza didakwa memuat naik gambar tersebut di laman Facebook.

Kata Wan Noor Akmal Wan Yusof, dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan banyak pihak.

Info

Tahukah anda bahwa Nama Fatimah Az Zahra mungkin mempunyai erti dari berbagai bahasa. Berikut ini adalah beberapa erti dari nama Fatimah Az Zahra, di antaranya adalah berasal dari bahasa arab, arab-perancis, persia, indonesia, afrika, mesir yang masing-masing mempunyai makna yang berbeda. Nama Fatimah Az Zahra mungkin juga mempunyai versi lain bagi calon bayi perempuan mahupun lelaki.

Memilih nama untuk calon buah hati anda tentunya tidak boleh dilakukan secara asal-asalan. Jika anda sudah mempunyai nama yang elok untuk bayi anda, tidak ada salahnya untuk mencari tahu lebih detail mengenai erti dari nama tersebut. Seperti halnya nama Fatimah Az Zahra mungkin juga mempunyai erti lain dari asal bahasa yang lain pula

Sumber: instagram ctdk; astro awani


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. (GAMBAR) Jalinan Kasih Yang Tertangguh; Siti Nurhaliza Berkongsi Segala Rasa… – Ceritaviralhq

Comments are closed.