[GAMBAR]”See U My Sweet Lil Angel,” – Foto Sekitar Baby Shower Zizie Ezzete. Kali Ni Baby Girl, Tak Sabar Nak Tunggu..Mesti Comel!

Pelakon, Zizie Izzete mengadakan majlis ‘baby shower’ semalam, sempena menanti kelahiran anak ketiganya tidak lama lagi.

Dia juga turut berkongsi foto ‘baby shower’ tersebut di laman Instagramnya.

“See u in March my sweet little angel” tulisnya.

Sebelum ini Zizie ada mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembed4han.

Aktres itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Pelakon itu berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Tahun 2009.

Apa-apapun, jom kita lihat foto-foto majlis tersebut.

“Memang berisiko, tapi takkan nak gugurkan” – Zizie Ezatte akui bimbang hamil semula

PELAKON Zizie Ezette mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil dan melahirkan bayi dengan kaedah pembed4han sekali lagi.

Bagaimanapun, Zizie, 39, berkata, doktor memberitahu bahawa dia selamat untuk mengandung semula selepas lima bulan bersalin.

“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembed4han.

“Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,” ujarnya di Instagram pada Sabtu.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie memberitahu kandungannya kini sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.

Dia turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.

Zizie dapatkan nasihat doktor tentang kehamilannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan netizen berkaitan risiko terhadap kandungannya yang masih terlalu awal, Zizie berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar berkaitan hal itu.

“Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi.

“Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja,” katanya.

‘Wow, Cepatnya Slim!’ – Peminat Teruja Tengok Badan Zizie Izette Dah Kurus

Pasti korang sudah sedia maklum bahawa pelakon, Zizie Izette baru sahaja melahirkan sepasang bayi kembar pada hujung tahun lalu.

Baru-baru ini, Zizie ada berkongsi satu gambar dirinya menerusi akaun Instagram sebelum menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura.

Nampaknya ramai peminat yang begitu teruja dengan penampilan baru Zizie selepas habis tempoh berpantang.

Zizie kelihatan sangat cantik dengan bentuk tubuh yang semakin kurus dan rata-rata peminat pelakon ini meminta tips untuk kurus daripada pelakon pujaan mereka ini.

Wah cantiknya Zizie! Bukan setakat peminat sahaja yang teruja tapi MH sendiri turut terpegun melihat Zizie yang semakin jelita.

syazishak: Ya allah kurus . .kongsi lar tips mcm ner ley kurus sgt n ctik . .

4ryuni: Wow…,cepatnya slim. Share lah

hafwan_wahab: masyaAllah!lbh kurus dr sblm ada baby..share tips please boss

moknah_momang: datin please share tips nak kurus after beranak

Ok jom MH belanja sikit gambar Zizie yang semakin cantik selepas beranak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Media Hiburan & Mstar


Apa Kata Anda?