‘Gara-gara Suruh Mat Salleh Masak Di Itali, Habis Stok Sambal Sotong Aku…’ – Nabila Huda

Bagi mereka yang ke luar negara, pastinya memahami betapa seksanya mahu mendapatkan makanan yang halal, apatah lagi yang sesuai dengan tekak sendiri. Jadi tidak hairanlah ada yang gigih membawa bekalan makanan yang banyak untuk dimakan supaya tidak rindu makanan tempatan di negara orang nanti.

Namun, bukan semua perancangan itu akan berjalan mengikut apa yang dirancang. Begitulah nasib pelakon Nabila Huda setelah stok sambal sotong yang dibawanya ke Itali telah habis hancur digaul bersama nasi akibat masalah komunikasi yang berbeza.

Melalui luahan hati menerusi video di Instagram pelakon tersebut, beliau mengatakan dia sudah tidak makan nasi selama seminggu namun ibu mertuanya telah bekalkan Nabila stok sambal sotong untuk dimakan ketika berada di set.

Namun, rancangan Nabila untuk menghabiskan stok sotongnya itu perlahan-lahan telah hancur berkecai setelah beliau meminta pertolongan mat salleh untuk memanaskan bekal beliau itu apabila mat salleh tersebut telah mencampurkan kesemua stok sotongnya itu di dalam satu hidangan.

VIDEO :

Kisah Dia,saya mintak tolong dorang untuk panas kan.Mungkin depa tak faham apa Yang Saya explain dan waktu tu kitchen tengah busy.Agaknya Dia ingat Saya explain suruh masuk Semua and panas kan.Maklum lah Cakap bahasa berbeza macam ayam dan Itik.???? Tolong lah imagine macamana keadaan Saya kt bilik dok bygkan sambal dan nasi tu panas-panas,siap plan Nak tidur lepas makan.ye ah Celebration ah Kira kan seminggu hidup tanpa nasi.haha!Sekali sampeiii nasi Banjir kuah sambelll!Reaction abil priceless,macam pause jap few seconds,taktau Nak marah ke Nak apa.Macam alih2 marah Kat diri sendiri pun ada.Fikir apa Aku buat salah hari ni Eh?Yessss!!memang drama gila hanya di sebab kan nasi!!????Tapi Dia cakap sorry banyak kali..ye Saya boleh maafkan awak…Tapi nasi dah jadi Bubur awak…fikir ah guys..fikir..hahaha!Well,Saya dah move on dan redha.Bukan rezeki saya untuk makan nasi Kat sini.???? RIP sambal sotong ibu mertuaku… #ciaociaonabila #tkmoments #funnymoments #ceritaakudannasitakkanhabis

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Kisah dia, saya mintak tolong dorang untuk panas kan. Mungkin depa tak faham apa yang Saya terangkan dan waktu tu dapur tengah sibu. Agaknya dia ingat saya suruh masuk semua and panas kan.

Maklum lah Cakap bahasa berbeza macam ayam dan Itik.???? Tolong lah imagine macamana keadaan saya kt bilik dok bayanngkan sambal dan nasi tu panas-panas, siap plan nak tidur lepas makan. Ye ah celebration ah kira kan seminggu hidup tanpa nasi.haha!

Sekali sampei nasi banjir kuah sambelll! Reaction abil priceless, macam pause jap few seconds, taktau nak marah ke nak apa. Macam alih2 marah dekat diri sendiri pun ada. Fikir apa aku buat salah hari ni eh?Yessss!! memang drama gila hanya di sebab kan nasi!!????

tapi dia cakap sorry banyak kali..ye saya boleh maafkan awak tapi nasi dah jadi Bubur awak. Fikir ah guys. Fikir hahaha! Well, saya dah move on dan redha. Bukan rezeki saya untuk makan nasi Kat sini.????

RIP sambal sotong ibu mertuaku #ciaociaonabila #tkmoments#funnymoments#ceritaakudannasitakkanhabis,” tulisnya.

Berikutan itu, posting tersebut telah mendapat perhatian daripada pengikutnya yang turut berasa simpati dengan nasib malang yang menimpa pelakon idola mereka itu.

Memang sedih pun…

Tahu nak nangis ke nak gelak…

Tabah laa ye…

Rezeki takda laa tu…

Nasiblah ada peminat yang memahami…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Nabila Huda via OhMyMedia


Apa Kata Anda?