[FOTO & VIDEO] ‘Malu Apa boskurr!! Ni Baru Kena Gaya’ – Gaya Bollywood Syatilla Melvin Dipuji Cantik, Tapi Shaheizy Sam Pula Buat Netizen Terhibur!

Pasangan sama cantik, sama padan. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi mempunyai seorang cahaya mata dikenali sebagai Mat Yip yang turut terkenal.

Syatilla juga kini sedang hamil anak keduanya namun pelakon drama Selafaz Cinta ini dipuji ramai sangat kelihatan cantik ketika mengenakan gaya Bollywood ketika hadir ke majlis adiknya, Syida Melvin.

Menurut Syatilla, ia adalah gaya yang pertama dalam hidupnya memakai busana bertemakan Bollywood namun pelakon ini tetap dipuji kelihatan berseri-seri malah semakin menyerlahkan kejelitaannya.

Bagaimanapun, ada pula satu foto yang dimuat naik Syatilla menerusi Instagram miliknya apabila ia meminta untuk zoom pada kaki Shaheizy yang membuatkan ramai terhibur.

Seloroh Syatilla membuatkan ramai meninggalkan komen lucu apabila Sam dilihat sedang menjengketkan kakinya ketika bergambar.

 

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Syatilla Melvin, himpunanceritalawak.com


Apa Kata Anda?