Gerak Khas 2019 Inspektor Aleeza Dah Masuk Set, Abby Abadi Tertunduk Malu

Selepas memberikan bayangan akan kembali membawakan watak ikoniknya, Inspektor Aleeza menerusi siri televisyen Gerak Khas, penampilan terkini Abby Abadi mengenakan uniform Polis DiRaja Malaysia memberi kegembiraan di kalangan peminat drama episod itu.

Pemilik nama sebenar Arbaiyah binti Abdul Manan atau Abby Abadi (40 tahun) dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 1995. Beliau adalah ahli kumpulan Elite yang pernah popular dalam industri nyanyian suatu ketika dahulu. Beliau juga menjadi anggota asal Elite yang pertama keluar daripada kumpulan itu pada penghujung tahun 1997.

Abby juga pernah bergiat dalam bidang lakonan, antara yang memberi kesan ialah watak Inspektor Aleza menerusi drama bersiri Gerak Khas di RTM (TV2). Malah, beliau juga dikenali menerusi bidang pengacaraan, iaitu Roda Impian bergandingan dengan Halim Othman selama dua musim.

Menerusi sepotong video di Instagram yang dimuat naik rakan pelakon, Salina Saibi yang turut sinonim dalam Gerak Khas, dia turut memuji penampilan Abby yang dikatakan sudah kurus.

Jom Lihat Video Dibawah :

Difahamkan untuk musim terbaru, Inspektor Aleeza juga sudah pun dinaikkan pangkat.

“Insp Aleeza is back!! Now Dsp Aleeza. I os so nervous shooting today. Welcome back kak Yenni. Kurus dah,” tulisnya.

Pada masa sama, Salina turut berkongsi beberapa keping foto terikini para pelakon lain yang turut mengenakan uniform sama di lokasi penggambaran.

Gerak Khas Kembali Lagi :

Wah, terujanya. Korang pun mesti tak sabar untuk menonton siri Gerak Khas yang terkini kan? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Foto: Instagram Abby Abadi via RimbaBara


Apa Kata Anda?