‘Gigih Hiking Bawa Naik Kerusi Meja’ -Kejutan Birthday Istimewa Kamal Adli Untuk Emma Maembong

Umum mengetahui bahawa pelakon cantik, Emma Maembong pernah mempunyai hubungan percintaan dengan pelakon kacak Kamal Adli. Namun mereka telah pun berpisah beberapa bulan yang lalu atas faktor yang pernah dijelaskan oleh mereka sebelum ini.

Terbaru, peminat pasangan ini berharap agar mereka mempunyai jodoh bersama setelah Emma berkongsi kejutan yang dibuat oleh Kamal Adli buat dirinya bersempena hari lahir Emma yang jatuh pada 27 Mac yang lalu.

‘Paling sweet orang pernah buat dekat saya..’

Salam jumaat semua. Just nk ckp thank you @kamaladli for the suprise .paling sweet pernah org buat dekat sy. Thank u awk.kalau korang nk tahu ni bukan restoran atas bukit ye ni dekat bukit besi cheras .ni diorg set up sendiri. Gigih korang hiking bwk naik kerusi meja mknan semua. Siap deco lampu2 lg mcm mana la korang bwk naik generator atas bukit ???? apa2 pon mmg cantik sgt2. Xtahu nk kata cantik mcm mana .thank u again . ❤️ nnt sy post video k sapa nk suprise mcm ni blh DM @itik_kejam #emavengers #emmamaembong @emavengers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Dalam posting terbabit, Emma nampaknya berterima kasih atas usaha Kamal dalam menyediakan kejutan tersebut dan mengakui belum pernah menerima kejutan semanis itu dari orang lain.

‘Tak cemburu ke..’

Dalam pada itu, peminat menzahirkan rasa kekeliruan tentang siapa sebenarnya yang menjadi pilihan pelakon manis ini namun mereka menyerahkan kepada Emma untuk membuat keputusan berkaitan perkara itu.

‘Suka tengok Emma dengan Kamal’

Rata-rata peminat nampaknya menyokong sekiranya Emma mengambil keputusan untuk kembali bersama Kamal Adli semula. Ucapan hari lahir dan sokongan membanjiri ruang komen status tersebut.

Credit: EmmaMaembong

Sumber; Ohbulan


Apa Kata Anda?