Hadiah Bermakna Sempena Hari Jadi Siti Nurhaliza

 

Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Foto Instagram @ctdk

PETALING JAYA: Bersempena sambutan ulangtahun hari jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang ke-39 yang jatuh pada Khamis beberapa stesen radio mendedikasikan slot khas buat penyanyi tersohor itu.

Sejak pukul 9 pagi tadi, stesen radio Suria FM memutarkan seleksi lagu-lagu popular Siti selama satu jam menerusi segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan tetamu undangan Wany Hasrita.

Malah stesen radio seperti Sinar FM dan Kool FM, Hot FM, THR Gegar dan Best FM turut mendedikasikan slot pagi mereka untuk meraikan hari jadi penyanyi kesayangan ramai itu.

Hot FM turut tampil dengan beberapa segmen lain untuk Siti termasuk Topik Pagi iaitu mengenai lagu Siti yang memberi kenangan kepada diri pendengar.

Siti menerusi Instagram memberitahu terharu dengan tindakan stesen radio mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahirannya.

Siti menerima hadiah daripada cucunya, Arif Jiwa Asyraf.

Malah Siti memberitahu dia tidak menjangkakan perkara itu dan menganggap ia satu penghormatan buat dirinya.

“Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya. Ini merupakan satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.

“Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa hari ini dan menjadi hadiah yang bermakna buat saya.

Stesen radio itu juga turut tampil dengan segmen persembahan ‘live’ Siti pada pukul 12 tengah hari nanti.

Siti dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Selain itu, dua lagi segmen memutarkan lagu-lagu penyanyi itu diteruskan pada pukul 5 dan 9 malam selama satu jam.

Sementara itu, dari pukul 6 pagi tadi sehingga 12 tengah malam nanti, Manis FM akan memainkan lagu Siti pada setiap jam.

Karaoke lagi Siti juga disediakan buat peminat pada pukul 2 petrang di stesen radio itu sebelum beralih ke topik lagu Siti paling diminati pada pukul 6 petang.

Era FM pula tampil dengan segmen Siti Nurhaliza 30 bermula dari pukul 1 hingga 4 petang nanti.

TERKINI:Swipe untuk melihat keseluruhan jadual siaran segmen istimewa ini pada hari ini, 11 Januari 2018 di stesen-stesen radio. Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya. Ini merupakan satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka. Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa hari ini dan menjadi hadiah yang bermakna buat saya. Alhamdullillah, Terima kasih @hotfm976 @era.je @gegar.my @sinar_my @suriamalaysia @manisfm @bestfmmalaysia @koolfmmy dan semua stesen radio yang telah mendukung kerjaya saya sehingga ke hari ini. #HappyBirthdaySitiNurhaliza

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! BS

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?