Hadiri Kursus Kahwin, Nonny Bakal Berkahwin Selepas 9 Tahun Bercinta

Pelakon Nonny Nadhirah memberitahu, bakal berkongsi mengenai perkahwinannya dengan jejaka yang dikenalinya sejak sembilan tahun lalu, jika perkara tersebut berlaku.
 
Nonny Nadhirah atau Nonnyberkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Instagram (IG)nya sebaik sahaja tamat menduduki kursus perkahwinan baru-baru ini.

Rata-rata pengikut IG Nonny membuat andaian, bekas pelajar Akademi Fantasia 5 (AF 5) itu akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat berdasarkan hashtag #countingdays yang digunakannya.
 
Mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan Nonny berbahagia disamping kekasih yang dicintainya.
 
Dalam pada itu, ada juga pengikut kagum dengan hubungan cinta Nonny dan pasangannya yang sudah terjalin selama sembilan tahun itu.
  
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Nonny Nadhirah

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?