“Hadoii Kak! Sakit Perut Aku Ketawa! Siap Dengan Muka Serius Kau! Memang Lawak!”- Hampir 85K Tontonan, Shiera Buat Netizen Pecah Perut

Pasti ramai yang mengenali Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired yang telah mencipta nama sejak tahun 90-an sezaman dengan pelakon Didie Alias.

Shiera merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio di Suria FM. Selebriti berusia 44 tahun ini telah berkahwin dengan pasangan pilihan hatinya yang merupakan pelakon iaitu Zulkifli Azhari atau Ijoy.

Baru-baru ini, Shiera telah memuat naik satu video lucunya bersama sahabat yang melakukan challenge untuk menyebut ayat dengan laju mengenai ‘Cita Citata’ di laman Instagramnya.

Video yang berdurasi 1minit itu telah membuat ramai netizen terhibur. Apatah lagi dengan kelakuan Shiera yang mencuit hati apabila gagal untuk pertandingan sebut ayat dengan laju tetapi melalut ke lain. Lawak kan?

Susah sangat haaaaaa Citata ni haaa Ni pun boleh Halim othman jugak terbaik..nanti tengok ya…part 2..part 2 @feeyaiskandar @surayaborhan @naimhashim Camerawork oleh @zulinaziz #malaysiamemilih #suriafm

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Rata-rata pengikut di laman sosialnya terhibur dengan video serta kapsyen tersebut yang mengatakan sangat susah untuk menyebut potongan ayat itu dengan cepat.

Hancur la kak Shiera.

Sakit perut aku ketawa…

Mengekek gelak tengok korang ni.

Sumber: IG Shiera Ijoy via Kisah Dunia / Kepohkuat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?