[VIDEO] ‘Tangan & Kaki Kena Ikat Dalam Kolam…’ – Hairul Azreen Kongsi Babak Seram Dalam Filem ‘Paskal’

Kehebatan filem Paskal yang baru ditayangkan di pawagam sejak 27 September yang lalu  masih menjadi bualan orang ramai. Rata-rata, ramai yang memuji filem tempatan arahan Adrian Teh itu yang dikatakan setanding dengan filem-filem antarabangsa, lebih-lebih lagi dengan adanya babak penggunaan kapal selam dan beberapa teknologi canggih yang lain.

Baru-baru ini, pelakon utama filem Paskal, Hairul Azreen (Leftenen Komander Arman Anwar) telah memuat naik di Instagramnya sebuah video pendek yang menunjukkan beberapa babak mencabar yang dilakukannya dalam filem tersebut.

VIDEO :

Hairul menjelaskan babak tersebut merupakan antara babak yang paling sukar dilakukan, apabila beliau bersama beberapa pelakon yang lain diarahkan untuk menyelam sedalam 5 meter sambil kaki dan tangan diikat.

Mereka juga mengalami kesusahan untuk mengawal pernafasan ketika menyelam sambil mengambil mask dengan menggunakan gigi.  Tambah beliau lagi, mereka semua melakukan aksi tersebut lebih daripada 7 kali.

Tayangan Perdana Paskal The Movie :

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian pengikut Hairul di Instagram. Rata-rata mereka meluahkan perasaan kagum terhadap keupayaan barisan pelakon filem aksi tersebut.

Selain daripada itu, rakan-rakan artis juga turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mengucapkan tahniah di atas kejayaan filem tersebut.

Filem ini juga mencatatkan kutipan sebanyak RM 7.5 juta dalam 4 hari ditayangkan. Tahniah Paskal The Movie!

Bagi korang yang belum tengok Paskal, jom sama-sama support filem tempatan. Siapa lagi nak support filem tempatan kalau bukan kita, betul tak?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Hairul Azreen via SoyaLemon


Apa Kata Anda?