[VIDEO] Selalu Tengok Orang Je Bersukan Kali Ni Jom Tengok Haiwan Ni Main Bola Keranjang

VIDEO DI BAWAH

Mana-mana jenis sukan pasti akan membawa kemahiran, teknik dan emosi ke dalam gelanggang bagi memastikan satu permainan itu menjadi amat menarik untuk ditontoni dan diraikan. Setiap strategi dan pergerakan pemain dalam sesuatu sukan menjadi elemen penting untuk menarik perhatian penyokong dan peminat sukan.

Kita bercakap mengenai manusia yang memiliki bakat bersukan dan bersaing sesama mereka, dengan menampilkan aksi sukan yang hebat dan mengagumkan, seperti dalam perlawanan sukan bola keranjang. Dan sukan bola keranjang bukan dimainkan oleh manusia sahaja, malah oleh haiwan juga!

Bagaimana apabila sekumpulan burung nuri yang bermain bola keranjang dan bersaing sesama mereka? Bolehkah kita bercakap tentang persaingan apabila memfokuskan kepada aksi permainan mereka yang terlalu comel untuk dilihat?

Perlawanan bola keranjang luar biasa yang dimainkan oleh sekumpulan burung nuri yang amat bijak dan berbakat.

Sesekali aksi ‘slam dunk’ juga ditunjukkan oleh ‘bintang bola keranjang’ kalangan nuri.

Dan apa yang menarik si nuri yang memberi mata diberikan bijirin yang lazat sebagai ganjaran pada waktu itu juga. Maka tidak hairan mereka semua beraksi hebat bermain bola keranjang di dalam gelanggang.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : EraBaru


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Selalu Tengok Orang Je Bersukan Kali Ni Jom Tengok Haiwan Ni Main Bola Keranjang Plak. Best kan. - Resepi Viral

Comments are closed.