“Dulu Gantikan Syura, Kini Hasrat Saya Tercapai” – Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana atau Nana bersyukur kerana lagu duetnya bersama Jaclyn Victor, Nisan Cinta berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Setelah 18 tahun melibatkan diri dalam dunia seni, lagu Nisan Cinta merupakan lagu pertama nyanyian Nana yang layak ke pentas berprestij itu.

“Mula-mula saya dan Jaclyn ingatkan lagu kami gagal mara ke AJL33 kerana banyak lagu sudah mara ke peringkat akhir.

“Akhirnya, lagu Nisan Cinta diumumkan sebagai lagu terakhir yang layak ke pentas AJL33. Saya dan Jaclyn rasa sangat bersyukur.

“Jika dahulu, saya hanya menggantikan Syura, kini hasrat saya tercapai untuk bertanding dengan lagu sendiri di AJL… Alhamdulillah,” kata Nana.

Nana pernah beraksi di peringkat akhir AJL21 pada tahun 2007 menggantikan Syura mendendangkan lagu Candak.

Ketika itu, Nana menggantikan Syura yang sedang sarat hamil anak pertama.

Mengulas mengenai konsep persembahan, Nana belum lagi memikirkan mengenai perkara terbabit.

AJL33 bakal berlangsung pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya dan Jaclyn belum lagi berbincang tetapi apa yang pasti, kami akan membuat latihan bersama-sama. Saya juga bakal tamat penggambaran drama bersiri dan boleh menumpukan masa yang ada untuk menjalani sesi latihan

“Selain itu, saya juga terbabit dengan Mentor 7. Saya turut boleh berlatih setiap kali protege saya berlatih,” seloroh Nana.

(Sila skrol ke bawah untuk melihat video)

Program realiti yang mencungkil bakat nyanyian masyarakat tempatan kini kembali dengan konsep baharu. Menampilkan Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana, dan Hafiz Suip sebagai mentor dalam Mentor 7.

Dihoskan oleh Shuk Sahar, Nana Mahazan dan Sarancak sebagai hos backstage., diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail selaku Penerbit Mentor 7.

Datuk Syafinaz

Aizat Amdan

Hafiz Suip

Siti Nordiana

Mentor yang kini berada pada minggu ke-2 menampilkan dua penyingkiran iaitu protege kepada Datuk Syafinaz dan Aizat Amdan. 

Apa yang menarik, persembahan duet dalam kalangan mentor sendiri iaitu Siti Nordiana dan Hafiz Suip berjaya memikat hati penonton.

Persembahan mereka membuatkan penonton terpukau malah ada yang mengharapkan mereka menghasilkan lagu duet baru.

Antara komen netizen : 

Best Nana n Hafiz! Pleas buat duet!

Lagu duet terbaik…

Cameraman pun tergugat dengar suara duet Hafiz dan Nana

VIDEO :

Hafiz Suip & Siti Nordiana – Aku Dan Dirimu Minggu 2 #Mentor7

Duet performance dari Hafiz Suip & Siti Nordiana di Pentas Mentor 7 malam tadi 😉😉Credit : YT TV3

Posted by Gelak Sakan on Monday, November 12, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Xtra, Gempak


Apa Kata Anda?