[GAMBAR] Tahniah! ‘Husna’ Kini Bergelar Datin

Rasanya tidak perlu dinafikan lagi apabila penggiat seni tanah air sering menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang sebagai penghormatan dan menghargai hasi kerja dan usaha mereka.

Bila si suami dapat gelaran dan pangkat tertentu, automatik si isteri pun akan membawa gelaran tersebut terutama pada nama mereka.

Terbaru, suami pelakon Niena Baharun iaitu Aliff Firdaus Abdul Hadi menerima DIMP yang mendapat gelaran Datuk dalam satu istiadat pengurniaan darjah kebesaran, semalam.

Berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar,  Pekan, Pahang, pelakon yang mencipta fenomena menerusi watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu kini bergelar seorang Datin.

Berkongsi detik kegembiraan dan berbangga dengan kejayaan suaminya itu, beberapa posting telah dikongsi untuk tatapan orang ramai di laman Instagram miliknya.

Congrats hubby, I’m proud of you.. Syukur alhamdulillah ❤️ #180818

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

Junjung kasih KDYMM Pemangku Raja Pahang ???????? #180818

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

 

Rata-rata rakan selebriti, peminat dan pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan menyifatkan penganugerahan tersebut merupakan sebuah rezeki bagi anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Tahniah! Sultan Pahang memang pemurah…

Lepas ni menang Anugerah Bintang Popular pulak!

Alhamdulillah, rezeki baby…

Tuah datang tanpa diduga…

Niena dan suaminya selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Instagram Niena Baharun via SoyaLemon


Apa Kata Anda?