[GAMBAR] “I Can Improve My English Here But Have To Use Money For…” – Jep Sepahtu Mahu Bercuti Lama Di Maldives

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membawa isterinya, Sari Yanti bercuti di Maldives sempena hadiah hari kelahirannya yang ke-34.

Lantaran itu, pasangan tersebut ada berkongsi beberapa gambar dan momen lucu sepanjang percutian tersebut di laman Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen lucu Jep yang memberitahu, sekiranya dia tinggal lebih lama di Maldives, penguasaan bahasa Inggerisnya akan bertambah baik tetapi dia tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang wangnya akan habis.

“I think I can improve my English if i stay here longer but my money i have to use for pasar, pampers anak, minyak kereta, game superlawak lagi tong tong nak bayar padang, makan tok deng lagi. So i decided to improve my English in Malaysia,” tulisnya.

Di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen Jep tersebut selain turut memuji usaha pelakon tersebut membawa isterinya bercuti sempena hadiah hari lahir.

Jep telah melangsungkan perkahwinannya bersama Sari Yanti pada 22 Februari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata puteri bernama Dariya Inara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : MediaOhsem


Apa Kata Anda?