[VIDEO] Gara-Gara Mengidamkan Roti Telur, Izzue Islam Didera Isteri Untuk Keluar Rumah.

Walaupun pelakon Izzue Islam atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam sudah mencecah 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya,  Nurinafilah Waharudin atau lebih mesra dengan sapaan Awin. Kasih sayang dua insan ini kelihatan semakin bercambah.

Buktinya, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Izzue di Instagram yang memaparkan dirinya terpaksa melayan ragam isterinya pada lewat malam.

Menerusi rakaman video tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu dicubit manja oleh isterinya kerana dipaksa keluar rumah semata-mata ingin memenuhi permintaan isterinya kerana ingin makan roti telur dan roti boom pada pada awal jam 1 pagi. Alahai comelnya pasangan ni tau!

Jadi, disebabkan sayangkan isterinya, peserta Lawak Super Spontan itu tetap gagahkan diri ke kedai mamak berdekatan untuk membeli makanan yang diminta oleh Awin.

Berikutan itu, ramai pengikutnya telah membanjiri ruangan komen tersebut sehingga mencecah lebih 1, 200 komen. Antara komen dari pengikutnya adalah kaum suami kena faham bila sesetengah isteri nekad untuk kurus, tetapi hobi mereka sentiasa makan.

 

VIDEO :

Apa kata netizen :

Sama lah bro, tengah sedap dengkur time tu lah dia lapar,,

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Ig Izzue Islam Via Omm


Apa Kata Anda?