“Ijoy Panik, Seram Sejuk” – Sharifah Shahirah Rindu, Imbau Kenangan Lepas Kahwin

Pelakon Sharifah Shahira mengimbau kenangan lucu yang berlaku di majlis akad nikah bersama suaminya, Ijoy pada 28 Februari 2003.
 
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.
 
Dengan menggunakan hashtag #kahwindulukahwinsekarang, Shiera menceritakan momen-momen menarik yang berlaku melalui setiap posting yang dimuat naik di IGnya.
 

Rata-rata peminat berasa terhibur dengan perkongsian Shiera dan mendoakan hubungan pasangan ini berkekalan dan bahagia selamanya.
 

Terdahulu, hasil dari perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, Auddra, 7 dan Adeena, 3 bulan.
 
Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt
 
Foto: Instagram @shieraijoy

Teks oleh: Mya Amri

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?