“Ingatkan Sufian Suhami bawa Grab tadi…” – Tersalah masuk kereta, peminat kongsi pengalaman berjumpa Sufian Suhaimi

Disangka Grab rupanya salah kereta! Begitulah situasi lucu yang dihadapi oleh seorang lelaki lingkungan 20-an apabila dia dengan selambanya memasukkan bagasi ke dalam bonet dan duduk di tempat duduk bahagian belakang kerana menyangkakan kenderaan yang dinaiki beliau itu merupakan Grabcar tetapi sebenarnya milik seorang selebriti.

Pengguna Twitter yang dikenali @bulanibnrhmn tidak menyangka bahawa tindakannya memasuki sebuah kereta yang disangka Grab Car rupa-rupa kereta orang lain dan ia adalah seorang penyanyi popular, Sufian Suhaimi.

Teruja dengan pengalamannya itu, beliau kemudiannya telah berkongsi pengalamannya itu di Twitter.

“Saya fikir ini adalah Grab Car yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey… teka siapa pemandunya. Dia ialah Sufian Suhaimi!”

Setakat ini, Tweetnya itu yang kini sudah mendapat lebih 5 ribu retweets dan 4,000 likes.

Bulan yang  berasa yakin kenderaan milik Sufian Suhami itu merupakan Grabcar yang ditempah olehnya terus duduk di bahagian belakang setelah meletakkan bagasi di dalam bonet kereta itu. Sufian yang pada ketika itu sedang leka bermain telefon bagi menghabiskan masanya kerana telah sampai sejam lebih awal ke lokasi yang ingin dituju dari masa yang ditetapkan.

Netizen yang terhibur dengan pengalaman Bulan kemudiannya telah meninggalan komen-komen lucu dan turut memberikan nasihat supaya Sufian lebih berhati-hati dengan keadaaan sekeliling dan  mengunci keretanya bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Lain kali kunci pintu, Pian.

Nasib baik masuk kereta Pian.

Sumber : bulanibnrhmn / Ohmymedia


Apa Kata Anda?