“Ini Antara Punca Saya Susah Nak Hamil Lagi” – Scha Alyahya Selamat Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim

Pelakon Scha Alyahya memaklumkan bahawa dirinya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota, Khamis lalu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, berkata, masalah ketumbuhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.

“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.

“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Menurut Scha lagi, masalah ketumbuhan dalam rah1m yang dihadapinya itu juga menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk hamil lagi.

“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.

“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.

Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.

Sumber: GEMPAK


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*