Penjaga Sebenar Dikatakan Dah Mahu Ambil Qayyum,Ini Rintihan Hati Aliff Syukri

Aliff Syukri malam tadi ada memuat naik satu posting di Instagram yang membayangkan penjaga sebenar kepada anak angkatnya, Qayyum mahu mengambil kembali anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Menerusi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps yang dikongsi, individu berkenaan dikatakan mahu mengambil Qayyum pada minggu depan, Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

knp x ambik skrg jee kan senang senang skit sy ….. emm.. mcm sy buat bisnes pusat penjagaan baby pulak?? . . awak tak nak baby awak kasi sy … dan bila sy dah byk habis masa dan duit dan awak nak baby tu awak ambik.. sy dpt apa ekk🤔🤔 kalau mcm tuu cpt lah ambik nanti lagi byk bnda saya rugi dan terus tertekan.. dan lagi byk sy kena kutuk….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Kenapa tak ambil sekarang je kan senang sikit saya. Macam saya buat bisnes pusat penjagaan baby pula.

“Awak tak nak baby awak kasi saya dan bila saya dah banyak habis masa dan duit awak nak baby tu awak ambil.

“Saya dapat apa? Kalau macam tu cepatlah ambil nanti lagi banyak benda saya rugi dan terus tertekan dan lagi banyak saya kena kutuk,” tulis Aliff.

Sebelum ini kecoh mengenai individu yang difahamkan sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan mahu menjaga anaknya kembali kerana kononnya, pasangan usahawan itu tidak menjaga anaknya dengan baik.

Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan mereka selepas viral sepotong video yang mendakwa salah seorang orang gajinya telah melayan Qayyum secara kasar saat diminta bergambar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Instagram Aliff Syukri via MH


Apa Kata Anda?