[VIDEO] Ramai Kagum Bila Instafamous Thailand Ini Fasih Nyanyi Lagu Khai Bahar, Nabila Razali Dan…

Instafamous cantik dan seksi dari Thailand, Nutty Nathamon menjadi viral sekelip mata apabila dia berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Menariknya, gadis berusia 24 tahun itu telah membuat ‘cover’ lagu Melayu yang hits dan telah mendapat puluhan ribu tontonan.

Luluh – Khai Bahar

Bukan Cinta Biasa – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Pematah Hati – Nabila Razali

Asalkan Kau Bahagia – Armada Band

Tak Tahu Malu- Armada Band

Tambahan pula, Nutty mahir dalam penyusunan penggunaan Bahasa Melayu apabila dia memuat naik kapsyen pada videonya itu.

“Cover + แปลไทย (เพลงมาเลเซีย)

Sy seorang Thailand yang di sukakan dengan lagu melayu

Kalau VDO yang sy buat mungkin tak sangat bagus

Semoga sy akan buat lebih baik lg ye..

Terima kasih pd semua.. Cinta sngt2 tauu!! Muahhh!! oxox

Harap semua suka ye,” tulisnya.

Sekali gus, membuatkan netizen ‘terpaku’ dengan keunikan suara Nutty dan fasih berbahasa Melayu.

Bukan hanya pandai berkomunikasi dalam Bahasa melayu, Nutty juga memiliki penampilan yang menarik dan mempesonakan.

Wah! Bahasa Melayu sememangnya sangat indah dan mempunyai banyak maksud tersirat,kan?

Apa-apa pun, tahniah buat Nutty kerana telah berjaya fasih berbahasa Melayu dengan baik.

Foto/Video : Instagram Nutty Nathamon

Facebook Comments

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?