[VIDEO] ‘Sedap Suara Bos Issey..’ – Issey dan Wanie Kayrie Duet Lagu Bo La Duk Gewe Tarik Perhatian Netizen

Pelakon dan pelawak Issey Fazlisham atau nama sebenarnya ialah Fazlisham Mat Hussin,31 semakin bersinar di persada industri seni hiburan negara. Sejak menyertai program mencari pelawak terbitan TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) menerusi kumpulan Titan bersama Ammar, namanya semakin dikenali ramai.

Bukan itu sahaja, selebriti kelahiran negeri Cik SIti Wan Kembang ini juga turut aktif dalam bidang pengacaraan dan juruhebah radio. Sebelum menyertai team Suria FM, Issey merupakan salah seorang penyampai radio Hot FM, namun di sebabkan kepadatan jadual dan mahu beri fokus kepada kerjaya di televisyen dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Hot FM.

Di samping itu juga Issey turut berbakat dalam dikir barat dan pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma. 

Baru-baru ini Issey telah memuat naik videonya yang berduet dengan salah satu peserta Big Stage iaitu Wani Kayrie menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Den Manjo yang bertajuk ‘Bo La Duk Gewe’.

Video tersebut mendapat sambutan baik daripada netizen dan rata-ratanya memuji suara penyampai radio Suria FM tersebut.

VIDEO :

Komen netizen:

Aduhhhh… Sedak soro boss @isseyfazlisham.. lamo dh xdgr issey dikir…

Sedakkk suare mu bohh…

sedapnya suara dia

Best laa @isseyfazlisham nyanyi tros jatuh hati ngan lagu @denmanjo_official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram isseyfazlisham via @LubukMaklumat

 


Apa Kata Anda?