[VIDEO] Tak Tahu Nak Gelak Ke Kesian..- Issey Terjatuh Di Set Penggambaran Buat Kru dan Netizen Terhibur

Pesona bintang pelawak dan pelakon bernama Issey Fazlisham ini semakin bersinar di persada industri seni hiburan tanah air. Sejak menyertai program mencari pelawak terbitan TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) menerusi kumpulan Titan bersama Ammar, namanya semakin dikenali ramai.

Rezekinya bukan sahaja di dunia lakonan malahan dalam bidang pengacaraan dan juga kini merupakan penyampai radio di Suria FM.

Sebelum ini ramai netizen yang menyangkakan bahawa selebriti kelahiran negeri Cik SIti Wan Kembang ini merupakan anak kepada pelakon dan pelawak Sabri Yunus. Namun perkara ini telah diperjelas oleh Issey di laman sosial miliknya bahawa dia bukan anak kandung mahu pun saudara kepada pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, Issey berkata bahawa Sabri merupakan antara orang kuat yang membawa dirinya masuk ke dalam industri hiburan tanah air dan juga sifunya.

Baru-baru ini, Issey telah menjalani satu penggambaran dalam satu slot carekarama yang akan ditayangkan di TV3 arahan Khan Mancung yang bertajuk ‘Hantu Don’ di mana Issey memegang watak sebagai hantu. Antara barisan pelakon yang turut membintangi slot carekarama tersebut ialah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Shazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Dalam satu babak yang dilakonkan bersama Uqasha Senrose, Issey telah tergelincir dan terjatuh secara tiba-tiba dan hal tersebut menimbulkan kekecohan di set penggambaran kerana terhibur aksi yang melucukan itu. Namun, Uqasha yang terkejut dengan perkara tersebut tidak pula mentertawakan Issey malah menyuruh Issey berhati-hati.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Issey di laman instagram miliknya bersama kapsyen yang berikut:

Sampai hati korang erk! Gelak kan aku!

@uqashasenrose2 jer prihatin. Siap cakap ‘sey, mmolek laa’

#gengissey

#hantudon

VIDEO :

Antara komen netizen yang terhibur  melihat aksi Issey malah tidak kurang juga yang simpati dan menyuruh Issey lebih berhati-hati.

kesian sakit tu tapi maap bang saya tergelak dulu baru kesian

hahahahahahaha sey molekkk lah nk bulihh

sket jgk tu… x yau nk gelak kn ke taw nk ksian…

eh tgh shooting blh jatuh hati2 isseyfazlisham

hahaha. 1o kali tengok tak tau nak gelak ke nak kesian

baik nya uqashaaa

.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Isseyfazlisham via DiariDunia


Apa Kata Anda?