Isteri Datuk Aliff Dapat Beg Tangan Emas RM300ribu!

Bertuah nasib badan menjadi isteri kepada jutawan terkenal! Selepas isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendapat hadiah hari jadi sebuah kereta mewah Ford Ranger Evoque pada tahun lepas, tahun ini dia mendapat sebuah beg tangan emas bernilai RM300 ribu ringgit pula!

Gambar: Datin Nur Shahida (kiri) bersama Datuk Aliff dan kek berbentuk sebuah beg tangan jenama Dior yang ditempah khas.

Beg tangan itu diberikan oleh Datuk Aliff kepada isterinya, Datin Nur Shahida pada hari jadinya 15 Mac 2016 yang lalu. Beberapa keping gambar yang telah dimuat naik di laman sosial menunjukkan beg tangan emas tersebut mempunyai bentuk yang kecil, tetapi kelihatan mewah kerana disaluti emas.

Gambar : Beg tangan emas milik Datin Shahida

Datuk Aliff dikatakan memberikan kejutan kepada Datin Nur Shahida apabila dia memberitahu isterinya bahawa dia terpaksa ke China dan tidak boleh menghadiri majlis hari jadi isterinya itu nanti. Tetapi pada majlis berkenaan dia hadir dan memberikan kejutan buat isterinya sehingga Datin Shahida dikatakan menitiskan air mata gembira!

Pada majlis hari jadi itu, Datuk Aliff turut menyediakan sebuah kek hari jadi yang ditempah khas berbentuk sebuah beg tangan jenama Dior berwarna merah. Majlis ulang tahun ke 31 Datin Nur Shahida juga turut dihadiri oleh beberapa orang artis dan personaliti termuka tanah air seperti penyanyi Akim Ahmad dan Wak Doyok. Turut hadir di majlis tersebut adalah Roslan Shah sebagai pengacara majlis.

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila rumah tangga pasangan ini dikatakan goyah dan sedang dilanda masalah. Kontorversi ini juga telah dilaporkan oleh beberapa laman portal hiburan yang lain dan dakwaan itu semakin kuat apabila pasangan berkenaan bertindak memadam beberapa gambar yang telah dimuat naik di Instagram milik mereka dan hanya meninggalkan beberapa keping gambar sahaja.

“Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang..

Caption Instagram Aliff Syukri

Pejam celik x sedar usia sudah menjangkau 31 tahun…dalam usia begini banyak benda yg telah saya lalui utk kehidupan saya..terima kasih kepada mak tercinta yg melahirkan saya,mendidik dan mengajar saya ttg erti hidup sebenar…..abah tersayang yg sentiasa menyokong saya….
isteri dan anak2 tercinta yg sentiasa ada walaupun ketika susah dan senang..
.
Jujur saya ada segalanya…tapi saya sentiasa berusaha menjadi hamba yg tebaik di sisi Allah SWT…setiap hari saya selalu berharap biarlah saya dikelilingi insan2 yg jujur dan ikhlas…yg sentiasa menegur ketika saya salah,yg sentiasa memujuk ketika saya rebah dan sentiasa gembira melihat saya berjaya…saya sendiri tidak pernah menjangkakan setiap inci kehidupan saya akan begitu dan begini kerana setiap kali saya melakukan kerja saya hanya berfikir saya hanya buat sehabis yg baik,walaupun kadang2 di luar kudrat saya…istilah x boleh tiada dalam kamus hidup saya….
.
Mudahan anda semua mendoakan saya sentiasa berada di Jalan yg benar…di hari lahir saya ni saya mohon andamendoakan yg baik2 buat saya…saya insan yg lemah banyak kekurangan dan saya x malu mengaku nasihatilah saya ketika saya berbuat salah…Insya Allah doa2 baik anda akan sampai…mudahan dia yg baik akan berbalik semula kepada diri anda…amin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

 

Sumber : Instagram Aliff Syukri via KlMenjerit


Apa Kata Anda?