[FOTO] Isteri Hitung Hari Bersalin, Sharnaaz Ahmad Buat Acara ‘Baby Shower’

Tidak dinafikan hati pelakon hebat, Sharnaaz Ahmad mesti berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulung tatkala tarikh bersalin isterinya semakin hampir.

Isterinya, Noor Nabila juga sedang menghitung hari setelah kandungannya kini mencecah sembilan bulan dan dijangka akan bersalin bila-bila masa sahaja.

Terbaru, Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa telah mengadakan acara ‘baby shower’ bagi menyambut cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini.

Dijangka akan menerima bayi lelaki, acara yang dilakukan dengan sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sebentar tadi. Jom kita tengok sikit antara gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya!

Wahh ramai tak sabar nak tunggu cahaya mata sulung abang Jebat kita nih! Semoga proses bersalin akan dipermudahkan nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Noor Nabila via OhMyMedia


Apa Kata Anda?