Suami Fouziah Gous jelaskan gelaran Datuk, Datin

Fouziah bersama suami dan anak sulung mereka.

MINGGU lalu heboh diperkatakan mengenai status pelakon cantik Fouziah Gous yang kini bergelar datin.

Fouziah berdiam diri menggenai perkara ini.  Namun Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.

Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.

“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group.

 

 

Sumber : SinarHarian

Kredit; Soyalemon


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Suami Fouziah Gous jelaskan gelaran Datuk, Datin – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.