Nanti apa-apa saya beritahu – Ibu Elfira

KUALA LUMPUR 15 Feb, – Ibu kepada pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff enggan memberikan sebarang komen berhubung desas-desus yang mengatakan pertunangan anaknya dan penyanyi Sufian Suhaimi sudah putus.

“Nanti apa-apa saya beritahu,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada UTUSAN ONLINE.

Desas-desus mengenai putus tunang itu semakin hangat diperkatakan setelah Sufian menukar nombor telefonnya kerana enggan diganggu dengan pertanyaan soal putus tunang itu.

Dalam pada itu pengurus Sufian, Mahadhir Mohamad mengesahkan penyanyi lagu Terakhir itu sudah menukar nombor telefon dan meminta ruang agar tidak terus diajukan dengan soalan sama.


“Sudah seminggu dia tukar nombor telefon baharu dan dia minta agar tak diganggu (dengan) soalan-soalan berbentuk peribadi.

“Malah untuk program temubual dia juga hanya akan bercakap soal kerjaya semata-mata,” kata Mahadhir ketika dihubungi.

Sebelum ini Sufian meminta agar semua pihak mendoakan yang terbaik terhadap masalah hubungan mereka yang disifatkan cukup rumit.

Sufian dan Elfira pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras dan merancang untuk berkahwin pada Mac ini.

Elfira bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang berada di Amerika Syarikat.

VIDEO :

( NAK TENGOK GIGI HADID PLAY THIS VIDEO ) So here’s a video of my look yesterday at @maybelline partay and the details : Primer : master prime Foundation : superstay foundation code 112+220 Concealer: Fit Me code 25+35 Loose powder : code 25 Medium Bronzer : master bronzer by facestudio Blusher : master blush by face studio Eyeshadow : the city kits ( pink edge ) + mini pallete ( chill brunch neutrals ) Eyeliner : hypersharpliner Mascara : total temptation waterproof Highlighter : master chrome 50 + master holographic 100 . Lipstick : darlingly nude matte lipstick #maybellinemalaysia

A post shared by ٢٤ | ???????? (@elfiraloy) on

 

Sumber : UtusanOnline

Kredit; Soyalemon


Apa Kata Anda?