“Jangan Nak Sayang-Sayang, Saya Sudah Ada Dua Orang Anak” – Feeya Iskandar

Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah kesal apabila masih ada pihak menganggunya di media sosial dengan gelaran sayang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Piah menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai dua orang anak dan berharap orang ramai dapat menghormati statusnya sebagai seorang isteri.

“Selamat hari pekerja kepada semua. Tak kisahlah apa jua pekerjaan anda, semoga ikhlas menjalankan tugas dan moga berkat rezeki yang di perolehi.

“Cik Piah nak pesan, tolong hormat status orang ye, jangan sesuka hati nak panggil aku sayang-sayang ye.

“Jangan nak melucah tak tentu pasal. Sudah tiga atau empat kali kena block pun tak reti bahasa ye. Aiyoooooo,” tulisnya.

selamat hari pekerja kepada semua.tak kisah lah apa jua pekerjaan anda,moga ikhlas menjalankan tugas dan moga berkat rezeki yg di perolehi.. cikpiah nk pesan,tolong hormat status org ye,jgn sesuka hati nk panggil aku syg2 ye.jgn nk melucah tak tentu pasal. dah 3-4 kali kena block pun tak reti bahasa ye.aiyoooooo ????

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh Cik Piah dengan memberi amaran kepada pengikutnya dan mereka berharap agar dia segera melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib agar tindakan dapat dilakukan.

Feeya dan suaminya, Nurashid Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang anak bernama Adam Malique dan Nuh Aryyan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Jangan Nak Sayang-Sayang, Saya Sudah Ada Dua Orang Anak” – Feeya Iskandar – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.