Jeles Betul Netizen Tengok Izara Dengan Suami!

Bagi korang yang tengah single mingle ni, mesti gigit jari je kan tengok pasangan romantis kat luar sana bermesra-mesraan. Tambah-tambah pulak kalau dorang tu artis. Dahlah sama-sama lawa, memang makan hati je kalau tengok gambar dorang sweet-sweet sesama pasangan.

Selain Fattzura, pasangan Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid juga sering dapat perhatian media. Baru-baru ni, netizen muat naik gambar ‘kencing manis’ Izara dengan suami kat Twitter.

Sikap Adib yang penyayang sangat dengan isterinya ni buat ramai netizen jeles sebab ke mana je dorang pergi, tangan Adib dengan Izara ni sentiasa berpimpin. Awwww!

Haa kiranya tak lepas-lepas tanganlah walaupun Izara nak bergambar ke, sembang dengan kawan dia ke… Tangan Adib tetap genggam tangan Izara erat-erat! Wuuu heart attack admin kalau dapat suami gini…

 

Macam manapun, ada netizen cakap bukan Adib yang tak nak lepas tangan Izara, tapi Izara yang sebenarnya tak nak lepas tangan Adib. Eh ye ke? Dorang siap screenshot lagi. 

Tak cukup dengan tu, ada jugak yang kata Adib caring dan sayang dengan isteri dia sebab Izara tu cantik orangnya. Tapi kalau rupa biasa-biasa, maybe tak adalah macam ni kot. Ish pepandai je korang ni kan…

Walau macam manapun, ramai yang still backup Izara dengan husband dia dan kata pasangan ni memang dah macam ni sejak dari zaman couple lagi. Netizen memang inspired gilalah dengan pasangan suami isteri ni.

Awww admin pun nak suami sweet macam ni lah! Untung Izara dapat Adib yang sayang giler dengan dia. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber:lobakmerah


Apa Kata Anda?