[VIDEO] “Marah Sungguh Pandang Doktor Tu..” – Geram Sebab Doktor Inject, Jelingan Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur

Sebut saja nama bayi ini, pasti ramai yang sudah boleh membayangkan wajahnya yang comel dan mulus. Baru berusia 2 bulan lebih, Jebat Jayden, anak sulung kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini ternyata telah terkena tempias populariti bapanya apabila meraih kira-kira 153 ribu pengikut di laman Instagramnya ketika ini.

Antara perkembangan terbaru Baby J ini adalah dia telah dibawa ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan injection khas pada siang tadi. Menerusi perkongsian Instagram miliknya, Nabila ada memuat naik video semasa dan selepas Jebat mendapatkan rawatan tersebut.

Seperti bayi-bayi lain, Jebat pada mulanya ditenangkan oleh ibunya dan doktor sebelum rawatan bermula. Sebaik saja prosedur tersebut selesai, Jebat telah meraung sekuat-kuatnya.

Doktor bagi injection takde salam…

Posted by Mia Kacang on Friday, 2 November 2018

Tapi apa yang paling mencuri tumpuan adalah riak mukanya selepas dia kembali tenang. Renungan Jebat yang seperti tidak puas hati itu turut membuatkan doktor tersebut gelabah seketika. Rata-rata netizen juga meluahkan rasa terhibur mereka terhadap gelagat bayi comel ini.

Posted by Mia Kacang on Friday, November 2, 2018

Hilang kejebatan lepas kena inject…

Bekeng supo daddy dio

Marah seh muka

“Amboi sukati jee injek kite…”

“Jaga2 doc saya besaq sket saya cari doc”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG jebatjayden via MediaOhsem


Apa Kata Anda?