[VIDEO] Jihan Muse Buat Parodi Bahan Fesyen Neelofa Bikin Netizen Tidak Kering Gusi

USAHAWAN selebriti Neelofa meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap pengguna dan pembeli barangan tiruan.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia tidak ketinggalan berhadapan isu berkenaan apabila bisnes tudung yang diusahakannya turut menjadi sasaran peniaga tidak bertanggungjawab.

“Saya turut menghadapi masalah sama apabila tudung keluaran saya menjadi mangsa barangan tiruan. Lebih mengecewakan kerana tudung asli dijual pada harga mampu milik iaitu tidak melebihi RM100,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa berkata demikian bagi mengulas mengenai kewujudan sebuah akaun Instagram yang membongkar pengguaan barangan tiruan dalam kalangan artis dan selebriti media sosial.

Katanya, pendedahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu berkenaan.

“Ini adalah masanya untuk kita motivasikan diri jika ingin mendapatkan barangan yang harganya terlalu tinggi. Usaha lebih keras supaya satu hari nanti kita mampu beli barangan yang diidamkan dan bukannya membeli barangan tiruan,” katanya.

Pelakon dan pengacara ini ditemui pada program khidmat masyarakat bersama Starbucks dikenali sebagai My Cups of Kindness with Neelofa bertempat di ibu negara. 

VIDEO:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: 90minit dan Cincai Media


Apa Kata Anda?