
Awal bulan lalu sebuah program muzik hiburan I Can See Your Voice (ICSYV) Malaysia bersiaran di NTV7 telah mendapat sambutan peminat muzik tanah air.
Namun, sesuatu telah berlaku pada episod baru-baru ini apabila salah seorang peserta, Aidil Hafiz bertindak merampas mikrofon daripada pengacara Jihan Muse ketika ingin menyambung lagu nyanyian Faizal Tahir berjudul Gemuruh.
Situasi tersebut diluar jangkaan semua penonton yang berada di studio mahupun dirumah. Namun, selepas mikrofon tersebut dirampas daripada tangan Jihan, para penonton terhibur dengan gelagat antara selebriti dan peserta itu.
VIDEO :
Walau bagaimanapun, peserta yang dikenali sebagai Aidil Hafiz itu telah berkongsi pengalaman bagaimana dia terpilih memasuki program berkenaan.
VIDEO :
Apa-apa pun, Aidil telah memuat naik beberapa keping gambar bersama artis yang hadir serta menulis kapsyen dengan mengatakan ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Instagram Senang Terhibur via SoyaLemon