“Tak Perlu Bincang, Aku Pandang Kau, Kau Pandang Aku”- Jihan Muse Terkedu Lihat Zamani

Hos Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Jihan Muse akui terkedu menyaksikan insiden yang menimpa Zamani.

Menurut Jihan, perasaannya sebak dan bercampur baur melihat seorang lagenda begitu berusaha untuk melakukan persembahan walaupun dalam keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Jihan meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

“Lain macam. Sepanjang 5 tahun kami mengendalikan #gegarvaganza semalam adalah pengalaman yang begitu berharga.

“Berdiri di sebelah seorang lagenda yang kelu kerana tidak mampu menyanyi. Tiba-tiba satu dewan menyanyi bersama.

“Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yang bernama ZAMANI. Terharu, sayu, sedih, bangga semua ada,” tulisnya.

Dalam pada itu, Jihan juga mengucapkan terima kasih kepada rakan hosnya, Nabil kerana keserasian mereka membuatkan pasangan ini mampu mengendalikan keadaan diluar jangkaan itu dengan baik.

“Terima kasih @nabilzira kerana punya chemistry yang begitu kuat dengan aku. Kadang-kadang tak perlu bincang apa-apa.

“Aku pandang kau kau pandang aku terus sama-sama tau nak handle situasi. Melihat keadaan abang Zamani sekarang teringat Zamani Slam yang dulu.

“Ya Allah berikanlah kekuatan, kesembuhan dan kejayaan buat abang @zamanislam_official . Moga Allah memberkati kita semua,” coretnya.

Terdahulu, Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri malam tadi.

Kejadian itu berlaku kerana Zamani berada dalam keadaan tidak sihat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG Jihan Muse, Gempak via videoviral


Apa Kata Anda?