Julia Ziegler Selamat Melahirkan Anak

PELAKON Julia Ziegler selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram pada Isnin lalu.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 35, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Julia selamat melahirkan anak pertama pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan pada pukul 11 malam pada 14 Januari lalu.

“Semoga dirahmati dan ia adalah hadiah dari syurga. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat ucapan dari rakan-rakan artis dan juga para peminat beliau.

Julia berkahwin dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

 

sumber: mstar


Apa Kata Anda?