‘Nasib baik aku tak terajang dia…’ – Studio Meletop kecoh gara-gara Syafiq Kyle terjumpa wanita kebaya merah

Aktor pujaan wanita, Syafiq Kyle kelihatan semakin serasi dengan aktres Zahirah Macwilson menerusi gandingan bersama dalam drama terbaru, Tak Ada Cinta Sepertimu arahan Jamal Khan.

Namun siapa sangka, dalam ramai yang memuji lakonan mantap dan ‘bersemut’ menerusi drama bersiri 16 episod itu, rupa-rupanya Syafiq mempunyai personaliti yang penakut apabila berhadapan dengan situasi seram.

Menerusi rancangan hiburan popular, Meletop yang bersiaran pada malam tadi, studio rakaman menjadi riuh apabila pelakon filem Langsuir itu tiba-tiba menjerit sambil lari bertempiaran dari belakang pentas rancangan tersebut.

Semua ini bermula apabila dia yang ditemani Khai Bahar dipersilakan untuk menjemput tetamu undangan ke pentas, namun malangnya, muncul kelibat perempuan kebaya merah di situ.

 

“Nasib baik aku tak terajang dia! Kebaya merah kat dalam. Kenapa dia berdiri kat situ! Aku masuk rumah hantu ke apa ni?” Jerit Syafiq dalam nada cemas yang kelihatan gelisah.

Haih kelakar ada, kesian pun ada kat si Syafiq ni. Mungkin kerana terlalu melayan video-video perempuan kebaya merah yang menjadi tular sejak kebelakangan ini?

Sumber : Youtube

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?