“Kalau Allah Dah Tetapkan Jodoh Dengan Aku, Kau Tak Boleh Tolak Juga..”– Nadzmi Adhwa Harap Hati Ardell Terbuka Untuknya

(Skroll ke bawah untuk tonton video penuh)

Pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa dilihat sebagai pasangan karib yang manis dan serasi bersama. Walaupun sekadar berkawan, ternyata ramai peminat teringin melihat mereka bersatu sebagai pasangan bercinta. Nadzmi sebelum ini pernah memberitahu di IG bahawa dirinya telah di friendzone oleh Ardell, bagaimanapun dilihat netizen seperti tetap menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

Terkini di Instagram Nadzmi, dia telah berkongsi beberapa video menunjukkan kejutan sambutan hari jadinya yang ke-26. Ardell Aryana turut berada di dalam video tersebut, malah dia jugalah yang telah menghadiahkan banyak jenis hadiah buat temannya itu, termasuklah hadiah mewah sebuah telefon pintar.

Iphone.. tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli

[Scroll Ke Bawah Untuk Video Penuh]

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen panjang yang ditulis Nadzmi di video itu sebagai tanda penghargaan kepada Ardell atas kesungguhannya menghadiahkan semua barangan tersebut. Salah satu ayat yang menjadi tumpuan netizen apabila Nadzmi menyebut perihal jodoh.

Semoga Allah bukakan pintu hati kau.. untuk aku

Kapsyen tersebut telah menarik tumpuan netizen untuk memberikan komen mereka di video berkenaan. Di samping pujian yang diberikan, ramai juga yang mengharapkan pasangan ini untuk menjalin hubungan yang lebih istimewa.

Susah nak dapat laki macam Nadzmi Adwa ni

Doakan korang jodoh kelak sampai syurga

Sweetnya korang.. semoga jodoh bersama

Sementara itu di Instagram Ardell, sebelum ini telah membuat posting tentang hadiah tersebut dan segala-galanya telah disiapkan olehnya 6 hari lebih awal. Ardell yang berusia 2 tahun lebih tua daripada Nadzmi, menyatakan di kapsyennya bahawa dia menganggap Nadzmi itu sebagai rakan dan seperti adiknya.

Aku dah prepare dari 6 hari lepas lagi

Aku kan kakak.. kau tu dah macam adik aku

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana via Media Ohsem


Apa Kata Anda?