“Kalau Boleh Nak Sepasang Lagi Anak” – Lisa Surihani Sudah Sedia Tambah Cahaya Mata

Setelah usia perkahwinan yang hampir mencecah enam tahun, Lisa Surihani berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata lagi. Jelasnya, kalau boleh beliau dan suami Yusry Halim mengimpikan sepasang lagi anak.

“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?”

“Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang. Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT,” katanya.

Hasil perkahwinan yang dibina pada tahun 2012, Lisa telah dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Lisa menganggap andai diberi rezeki sepasang (lelaki & perempuan) lagi, lengkaplah keluarga mereka.

Semoga hasrat pasangan ini dimakbulkan tuhan untuk menambahkan lagi cahaya mata. Bak kata Lisa, anak-anak mereka juga sudah besar jadi memang sudah sampai waktunya mereka membina keluarga lagi.

VIDEO ANAK-ANAK LISA DAN YUSRI :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : FB Rotikaya via IslamikInfo


Apa Kata Anda?