“Kami Hat Perempuan Pun Tak Mcm Perempuan . Ehh Tiberrrr” – Video Parody Faiz Roslan Oleh Nadia Zuki Buat Netizen Gelak Sakan

Jarang nak muncul, tetapi sekali muncul punchline lawak dia terus sampai. Itulah yang berlaku dalam satu video yang dikongsi di Instagram oleh Nadia Zuki. Atlet lompat kijang dan lompat jauh kita ini!

Dalam video yang memaparkan beliau bersama-sama dengan dua orang lagi temannya ini, parody terhadap kenyataan Faiz Roslan tentang puasa diketengahkan. Secara jujurnya, beliau seorang je yang buat lawak, yang lagi dua orang tu boleh dikatakan tolong gelak je.

Tapi kalau dalam keadaan macam ni, memang kitorang pun gelak je kot. Penyampaian Nadia Zuki ni memang lawak tahap dewa!

Rata-rata netizen mengatakan video parody beliau ini memang kelakar gila. Lihat sahaja komen-komen yang dilemparkan oleh orang ramai.

Ada pulak tu yang siap tag Faiz Roslan punya Instagram di ruang komen. Entah apa lah agaknya perasaan Faiz Roslan bila tengok video ni.

Layan 4-5 kali pun tak bosan! Haha!

Sumber: Instagram Nadia Zuki

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Kami Hat Perempuan Pun Tak Mcm Perempuan . Ehh Tiberrrr” – Video Parody Faiz Roslan Oleh Nadia Zuki Buat Netizen Gelak Sakan – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.