[VIDEO] Kasihan Bila Tiz Zaqyah Jatuh Sambil Bawa Samosa, Habis Melatah Kazar Dibuatnya!

Kesian pun ada, lucu pun ada. Itulah yang boleh MH simpulkan apabila video pelakon Tiz Zaqyah yang terjatuh sewaktu membawa hidangan Samosa tular di media sosial sejak awal malam tadi.

Difahamkan, kejadian spontan tersebut belaku sewaktu Tiz dan rakan pelakon lain sedang berada di lokasi penggambaran drama, Isteri Untuk disewa.

Sementara itu, Tiz menerusi Instagram ada menjelaskan serba sedikit mengenai insiden melucukan itu.

“Yes i saw everything flying in slo mo. No joke. Okay guys, atas demand tinggi, ini dia. Elok je mak dengan tok nek puji seliper cantik… boom.

“Kuat betul “pant*t bab*” tu abg @kazar35 punah harapan semua orang nak makan samosa goreng panas2… @farehajohari takpayah la nak “eh aku terecord” sangat!,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #tizjatuh #isteriuntukdisewa.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut kasihan dan simpati dengan situasi menimpa Tiz dan tidak kurang yang terhibur dengan gelagat serta reaksi spontan dari pelakon senior, Kazar.

VIDEO :

 

Malah, ada juga yang anggap mereka tiada rezeki untuk menjamah hidangan menu yang dibawa Tiz dan ada juga yang anggap pelakon versatil itu ‘jatuh’ dengan penuh elegan!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Tiz Zaqyah via SoyaLemon


Apa Kata Anda?