Ramli MS Dedahkan Kenapa Farawahida Terpaksa Mereka Singkirkan Dan Farahwahida Mengaku Dan Akur

SHAH ALAM: Perjuangan Farawahida terhenti apabila diumum tersingkir sekaligus gagak mara ke konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu hadapan.

Farahwahida yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta mendapat markah terendah pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata, penyanyi tersebut melakukan banyak kesalahan dan sumbang.

“Dia banyak melakukan kesalahan dan banyak kedengaran sumbang.

“Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata dia ada buat kesalahan menyebabkan markahnya rendah,” ujarnya.

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Turut mara ke minggu separuh akhir adalah Dia Fadila, Zamani dan Forteen. Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk Tarmimi Siregar tampil sebagai juri jemputan. Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani. – MSTAR ONLINE

Farawahida akur tersingkir Gegar Vaganza

WALAUPUN telah memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan namun penyanyi kesayangan ramai, Farawahida terpaksa menerima hakikat bahawa gegarannya terhenti di minggu keenam Gegar Vaganza musim kelima.

Farawahida yang menyampaikan lagu Ayat-Ayat Cinta dalam ucapannya memberitahu dia bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini.

“Terima kasih kepada semua dan insyaALLAH rezeki saya bukan sampai di sini sahaja, mungkin di luar. Terus sokong saya dan kawan-kawan,” ujarnya akur dengan keputusan juri tersebut.

Dengan penyingkiran Farawahida, peserta yang berjaya meneruskan perjuangan bertemakan Road To Semi Final minggu hadapan dengan menyampaikan dua buah lagu adalah Amelina dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai, Tua Mengejar Kita, Billy Zulkarnain (Mengenangmu, Mulanya Di Sini), Zamani (Di Matamu, Dekat Padamu), Dia Fadila (I Don’t Want Miss A Thing, Permata Hati).

Sementara Maya pula dengan lagu Tiada Kepastian, Ikut Rentakku, Noryn Aziz (Dahsyat, Cintaku 100%), Forteen (Potret, Cinta Di Akhir Garisan) dan Hetty Sarlene (Pencuri Hati, Kemaafan Dendam Yang Terindah).

Persembahan minggu ini diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim manakala Datuk Tarmimi Siregar sebagai juri jemputan.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini dimenangi oleh Zamani.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Jihan Muse, disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. – Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : KLViral

 


Apa Kata Anda?