“Kenapa lafaz dalam english? Muka melayu…” – Bahasa akad nikah suami Shila Amzah dipertikai netizen

Umum mengetahui bahawa penyanyi yang sentiasa mencipta nama di China, Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias pada Khamis yang lalu.

Walaupun semua majlis telah berjalan dengan lancar, namun terdapat kata-kata yang kurang enak oleh netizen apabila ada segelintir mempersoalkan mengenai akad nikah yang diucapkan oleh suaminya dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Menerusi perkongsian sebuah video oleh penyanyi itu di laman Instagram miliknya, dia telah berkongsi momen ketika suaminya melafazkan akad nikah tersebut.

So proud of you baby❤️ #islamitumudah #islamisnotarace #Sharisoffthemarket

A post shared by 씰라茜拉shila amzah???????? (@shahilaamzah) on

Namun di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat serta pengikutnya mempersoalkan mengapa akad nikah berkenaan perlu dilafazkan dalam bahasa asing dan bukannya dalam bahasa Melayu.

Muka orang Melayu, tapi kenapa bahasa Inggeris?

Tak tahu cakap melayu ke?

Walau bagaimanapun, tidak kurang ada juga yang mengatakan tidak salah sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam akad nikah namun apa yang penting, lafaz itu menjadi sah dalam sesebuah pernikahan.

Biarlah, asalkan sah!

Itu pun nak jadi isu ke?

Mentaliti orang Malaysia!

Sumber : Shila Amzah , onemoment.co

Kredit; Ohmymedia

 
 
 


Apa Kata Anda?

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Kenapa lafaz dalam english? Muka melayu…” – Bahasa akad nikah suami Shila Amzah dipertikai netizen – Berita Vral – Citer Viral dan Unik
  2. “Kenapa lafaz dalam english? Muka melayu…” – Bahasa akad nikah suami Shila Amzah dipertikai netizen – Information Retrieval
  3. (Video) “Kenapa Lafaz Dalam English? Muka Melayu…” – Bahasa Akad Nikah Suami Shila Amzah Dipertikai Netizen – Kena Baca
  4. (Video) “Kenapa Lafaz Dalam English? Muka Melayu…” – Bahasa Akad Nikah Suami Shila Amzah Dipertikai Netizen : JomLepak.com

Comments are closed.