
Lama pula tidak mendengar kisah mengenai penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan Apex setelah berkahwin dengan usahawan dan model jelita, Leuniey Natasha.
Terbaru, Fahmi yang kini menyertai pasukan Melaka United menerima seorang lagi cahaya mata setelah isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Fahmi sendiri menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar bayi tersebut.
“Assalamualaikum dunia. Welcome to the family #kfclans adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.
VIDEO:
Rata-rata pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan syukur dan tahniah atas kelahiran permata yang comel itu.
Alhamdulillah, tahniah!
Tahniah idola!
Semoga anak menjadi soleh/solehah
Walau bagaimanapun, cahaya mata ketiga mereka seberat 3.00 kilogram yang dilahirkan di Hospital Pakar Perdana itu masih belum diketahui jantinanya.
Sumber : Khairul Fahmi , Leuniey Natasha
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber: Source