“Kita OK..Terima Kasih Atas Iringan Doa-Doa,” – Kata Farid Kamil

Aktor, Farid Kamil secara positif tampil memberikan reaksi mengenai situasinya pada pada Khamis, apabila dia mengakui berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Farid, memaklumkan perkara berkenaan menerusi kenyataan yang dibuat menerusi Instagram selepas menjawab komen daripada pengarah, Tengku Iesta Tengku Alaudin menerusi aplikasi berkenaan.

“Alhamdulillah Boss @iestatiptra. Kita OK. Terima kasih di atas iringan doa-doa,” balasnya di menerusi ruangan komen.

Balasan komen yang dibuat pelakon filem aksi, Tombiruo: Penunggu Rimba itu turut menerima reaksi baik di kalangan rata-rata netizen dan sehingga kini, komen tersebut juga telah menerima lebih 230 likes di kalangan para peminatnya.

Selain Tengku Iesta, pelakon Aidil Aziz turut menzahirkan sokongan terhadap Farid

Dalam perkembangan lain, Farid kembali mengemaskini akaun Instagram sejak beberapa hari lalu sekali gus bagi mempromosikan drama rantaian terkini lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu di samping Nelydia Senrose.

 

Sumber: Media Hiburan


Apa Kata Anda?