[VIDEO] “Meremang Woi” – Netizen Puji Usaha Koir Kanada Persembahkan Lagu Dikir Barat

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH

Sepotong video yang memaparkan aksi sekumpulan penyanyi koir dari Kanada mempersembahkan lagu Dikir Barat tular di media sosial.

Wau Bulan yang cukup terkenal sebagai lagu rakyat dari negeri Kelantan diangkat dalam versi tersendiri kumpulan koir itu berserta gerakan asal dikir barat.

“Tatkala orang Melayu mula mengamalkan budaya luar, sebuah kumpulan koir dari Kanada memelihara sebuah lagu Dikir Barat yang terkenal, Wau Bulan,” kongsi pengguna Twitter yang dikenali seabgai @humanxsick.

VIDEO : 

Perkongsian itu mendapat pujian daripada netizen yang rata-ratanya terharu dan teruja melihat persembahan unik kumpulan koir itu.

Sehingga kini video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter itu telah meraih jumlah tontonan melebihi 10,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Gempak


Apa Kata Anda?