[FOTO & VIDEO] Kongsi Gelagat Comel Anak, Mia Ahmad Buka Instagram Sayf Issa

Pelakon Mia Ahmad memilih untuk membuka akaun Instagram (IG) khas buat anak sulungnya, Sayf Issa.

Dengan menggunakan nama id @sayf.issa, foto pertama bayi comel itu telah dimuat naik pada 6 Oktober lalu.

Walaupun akaun tersebut baru sahaja mempunyai tiga keping foto namun sudah mencecah sehingga 16,000 pengikut IG.

Menerusi ruangan komen foto-foto berkenaan, rata-ratanya memuji keindahan nama dan kecomelan anak aktres tersebut.

Selain pujian, mereka juga turut mendoakan agar Sayf membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Gempak via SoyaLemon


Apa Kata Anda?