Kurus Tanpa Pil Pelangsing, Dr Amalina Puji Kesungguhan Catriona Ross

Banyak cara untuk menurunkan berat badan tetapi tidak kurang ada juga sesetengah individu yang mengambil jalan mudah bagi mendapatkan bentuk badan ideal dengan mengambil pil pelangsing.

Namun ramai tidak tahu pil pelangsing boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap organ dalaman disebabkan kandungan bahan yang mampu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Tetapi lain pula bagi pelakon Catriona Ross apabila Dr Nur Amalina Che Bakri memuji kesungguhan pelakon Jangan Benci Cintaku itu kerana tidak bergantung kepada sebarang pil kurus bagi menurunkan berat badan.

Contohi laa…

“Contohilah selebriti tempatan Malaysia Catriona Ross @BrianCatriona, lihat kesungguhannya (di Instagram) tentang bagaimana untuk mendapatkan badan yang ideal #JourneyToAToneMe,

“…bukannya menggunakan pil pelangsingan. Anda perlu berusaha keras, tiada jalan pintas, dan sudah pasti katakan tidak kepada pil pelangsingan!,” tulis Amalina di laman Twitter miliknya.

Menerusi laman Instagram Catriona, dia juga ada memuat naik beberapa posting video dalam usahanya bertungkus lumus bersenam serta menjaga pengambilan makanan seharian.

Tweet Dr Amalina yang kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di The Royal College of Surgeons, England itu mendapat reaksi Catriona yang berasa terkejut dan terharu dengan kenyataan tersebut.

Baiknya Doktor!

Sebelum…

Selepas…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Amalina Bakri via OhMyMedia


Apa Kata Anda?