Lagu Ddu-Du Ddu-Du Versi Caklempong Ini Sangat ‘Awesome’ & Tetap Buat Kita Rasa Nak Joget!

Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Minangkabau

Muzik caklempong secara umumnya disifatkan sebagai permainan rakyat yang mana turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana. 

Image via Berita Harian

Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang. Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).

Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai telempong, celempong dan taklempong.

Menerusi perkongsian video oleh Afizal Razak, satu kumpulan muzik caklempong di sebuah sekolah di Perak telah membuat persembahan yang lain daripada yang lain!

VIDEO :

Yang membuatkan orang ramai terpukau adalah pelajar-pelajar itu menggunakan peralatan muzik tradisional tersebut untuk membuat persembahan lagu Ddu-Du Ddu-Du oleh artis popular Korea antarabangsa, Black Pink

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu telah mendapat lebih 26 ribu retweets dan 21 ribu likes dalam masa hanya 2 hari perkongsian.

Dimaklumkan, pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng, Perak dan Afizal Razak merupakan guru muzik mereka.

Rata-rata netizen kagum, bangga dan terpesona dengan persembahan tersebut!

Lain-lain persembahan caklempong dari pelajar-pelajar SBP Integrasi Gopeng yang boleh buat orang ramai naik bulu roma!

1. Kuch Kuch Hota Hai

2. Lagi Syantik

3. Tak Tun Tuang

Cayalah adik-adik!Teruskan usaha dan selamat maju jaya!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Twitter via Says


Apa Kata Anda?