Lagu Sufian Suhaimi Buat Semua Orang Terpegun Dan Menangis Dan Artis Wanita Ini Pun Menangis.

Sebelum ini Sufian Suhaimi meluahkan rasa bimbang ketika menjelangnya Anugerah Juara Lagu 33. Sufian Suhaimi yang tersenarai mengakui sedang berasa tert3kan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya di saat akhir.

Hasil temuramah bersama Gempak, Sufian mengatakan “Saya mula dengan demam sehingga mengakibatkan tekak berd*rah sejak minggu terakhir bulan Disember tahun lalu.

“Tekanan untuk saya melakukan persembahan nanti lebih kepada faktor kesihatan.

“Saya takut keadaan kesihatan tidak sihat sepenuhnya serta persembahan tidak seperti yang dibayangkan nanti,”.

Sufian yang akan membawa lagu Di Matamu hasi ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen kini dikatakan sedang berhati-hati dalam memilih makanan dan sedang cuba mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh memudaratkan tekak dan suaranya.

Lagu ‘Dimata Mu’ telah mendapat STANDING OVATION dari penonton di dalam Axiata Stadium. Ketika lagu itu dinyanyikan, penonton menyumbangkan lampu yang kelihatan seperti kelip kelip mengiringi Sufian Suhaimi.

Adakah ini bakal menjadi persembahan terbaik atau akan menjadi Juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke 33? Vokal Sufian Suhaimi memang tidak dapat disangkalkan lagi. Seperti kata Sherry Al Hadad, lagu ini asalnya lagu kontroversi kerana lagu ini keluar selepas Sufian putus cinta dengan Elfira Loy.

Selesai sahaja lagu ini dinyanyikan kelihatan ramai penonton mengesat air mata. Ternyata lagu Sufian mampu mengusik hati ramai orang terutamanya wanita.

Tetapi ada seorang yang turut menangis, ketika kamera sedang zoom penonton yang menangis. Kelihatan Wany Hasrita pula sedang mengesat air mata.

Kalau Wany Hasrita pun boleh menangis maknanya isi lagu Di Mata Mu betul betul menusuk kalbu. Apa pun tahniah Sufian Suhaimi kerana membawa lagu itu dengan baik. Jika anda menang anda memang layak.

Sufian Suhaimi – Di Matamu (Live Anugerah Juara Lagu 33) l AJL 33 2019

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Limau Madu

Sumber: DepaKata

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Source


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*