[VIDEO] “Parenting Done Right,” – Lara Nangis Mahu Beg Tangan Mahal, Ini Yang Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Lakukan

Semalam, pengacara Awal Ashaari ada berkongsi sebuah video membawa keluarganya berjalan di sebuah pusat membeli belah.

Apa yang menariknya, video tersebut memaparkan cara isterinya, Scha Al-Yahya melayan karenah Lara Alana yang mahu membeli sebuah beg tangan mahal berjenama Furla.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Instagram Lara Alana.

“Bila kita dah berkenan, tapi mami tak kasi duit pulak,” tulisnya.

Video tersebut telah menerima lebih 150,000 jumlah tontonan dan turut dihujani komen daripada netizen yang terhibur melihat telatah Lara itu.

Dalam pada itu, netizen turut memuji tindakan pasangan tersebut yang tidak mahu terlalu mengikutkan kehendak anak kesayangan mereka itu.

VIDEO :

Tindakan Awal dan Scha tersebut wajar dijadikan contoh buat para ibu bapa di luar sana. Walaupun kita mampu untuk membeli barangan tersebut, tetapi kita harus bijak membezakan antara keperluan dan kehendak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : KLMenjerit 


Apa Kata Anda?